Cari Blog Ini

Rabu, 23 Disember 2020

Maklum Balas Pengguna

 




        SILA "CLICK" DI SINI

TUTORIAL PEMBAGUNAN LAMAN WEB

 Bagi memudahkan pengguna menggunakan aplikasi didalam google tersebut, pihak kami telah membuat beberapa pautan tutorial seperti di bawah :


1 0 TUTORIAL GOOGLE FORM ( YOUTUBE )




1 1 TUTORIAL GOOGLE FORM ( WEBSITE )    ( SILA KLIK LINK)


2 0 TUTORIAL GOOGLE MAPS ( YOUTUBE )






2 1 TUTORIAL GOOGLE MAPS ( WEBSITE )     ( SILA KLIK LINK)



3 0 TUTORIAL GOOGLE TRANSLATE ( YOUTUBE )






3 1 TUTORIAL GOOGLE TRANSLATE ( WEBSITE )    ( SILA KLIK LINK)


4 0 TUTORIAL GOOGLE DOCUMENT ( YOUTUBE ) 






4 1 TUTORIAL GOOGLE DOCUMENT ( WEBSITE )  ( SILA KLIK LINK)


PAUTAN LINK BERKAITAN WEBSITE


Bagi memudahkan pengguna mengekses website yang berkaitan, pihak kami telah memuat naik beberapa link untuk kemudahan pengguna seperti :


1. 0 GOOGLE FORM





6.0 KESIMPULAN DAN RUJUKAN

 


6.0 KESIMPULAN

Kesimpulannya terdapat pelbagai perisian yang boleh digunakan untuk memudahkan kerja seseorang itu agar dapat menjimatkan masa serta dapat menyimpan data dengan selamat. Oleh itu cara penggunaan teknologi juga penting untuk memastikan fungsi sesebuah perisian itu dapat digunakan dengan betul. Hal ini kerana dalam satu perisian itu terdapat pelbagai kegunaan yang boleh digunakan jika seseorang tahu cara penggunaan yang dengan baik dalam pelbagai sudut. Bukan itu sahaja pengetahuan am tentang perisian ini juga perlu diketahui untuk mengetahui mengapa sesebuah perisian ini wujud dan bagaimana perisian ini dapat dibuat dengan begitu baik. Jadi dengan adanya pengatahuan am ini juga dapat memperluaskan pengetahuan mengenai perisian tersebut.

 

Melalui penulisan ini telah menerangkan perisian seperti google dokumen, google translate, google form dan google maps dengan jelas. Jadi apabila dilihat melalui keempat empat perisian ini mempunyai fungsi yang tersendiri untuk memudahkan kerja seseorang itu. Tetapi perisian yang disediakan oleh google mempunyai pelbagai jenis lagi perisian yang menarik dan mudah untuk digunakan dari segi pelbagai aspek. Oleh itu kita perlulah mengetahui kegunaan sesuatu perisian itu dengan baik untuk memudahkan kerja yang hendak dilakukan.


7.0 RUJUKAN

Bell, R. T. (1991). Tanslation and Translating : Theory and Practice. New York: Routledge.

Edura Creative. (23 MAC, 2020). PENNDIDIK2U. Retrieved from Cara Buat Soalan Kuiz Online Guna Google Form: https://www.pendidik2u.my/cara-buat-kuiz-guna-google-form/

 

GOOGLE. (2020). GOOGLE. Retrieved from GOOGLE MAPS: https://support.google.com/maps/answer/144339?hl=ms&ref_topic=3292869&co=GENIE.Platform%3DDesktop&oco=1

 

GOOGLE. (2020). GOOGLE. Retrieved from GOOGLE TRANSLATE: https://support.google.com/translate/answer/2534527?hl=en

 

jogjaweb. (2016). jogjaweb. Retrieved from SEJARAH DAN CARA MEMBUAT GOOGLE FORMS: https://jogjaweb.co.id/blog/sejarah-dan-cara-membuat-google-forms

 

Newmark, P. (1988). A Textbook of Translation. London: Prentice Hall International.

 

Prihadi, S. (2020, FEBRUARI 03). uzone.id. Retrieved from Kelebihan Google Maps jadi Kelemahan Aplikasi Ini: https://uzone.id/kelebihan-google-maps-jadi-kelemahan-aplikasi-ini

 

Rohani, S. (2020). THE ROHANI. Retrieved from Cara Buat Google Form (Guna Template Borang Sedia Ada): https://therohani.com/cara-buat-google-form-borang/

 

Yayasan Wikimedia. (2020, OGOS 06). WIKIPEDIA. Retrieved from Peta Google:                                                        https://ms.wikipedia.org/wiki/Peta_Google


5.0 GOOGLE DOCUMENT

 


5.0 GOOGLE DOCUMENT

Google document merupakan salah satu aplikasi yang berhubungan dengan file dokumen seperti PDF, Word, Excel, dan Power Point menggunakan jaringan internet. Banyak fungsi yang diperoleh dengan menggunakan Google dokument yang akan memudahkan urusan semua pekerja. Kaedah ini sememangnya seiring dengan era dimana pekerjaan atas talian

 

5.1 SEJARAH PENCIPTAAN GOOGLE DOCUMENT

Sejarah bagi google dokument ini telah dipekenalkan pada 12 januari 2010 dengan menyediakan  penyimpanan data dan hanya disediakan saiz penyimpanan data hanya 1GB sahaja pada masa itu. Seterusnya google dokumen ini telah dinaik taraf dengan meningkatkan saiz penyimpanan data sehingga 15GB untuk memudahkan pengguna untuk menyimpan data dalam kuantiti yang besar. Tetapi terdapat satu perisian yang mengantikan google dokumen iaitu google drive pada 24 april 2012. Hal ini kerana sebelum ini fungsi google dokumen adalah menyimpan data tetapi telah dipelbagaikan fungsi google dokumen dengan digunakan untuk membuat, mengolah dan menformat teks.

5.2 CARA MENGGUNAKAN GOOGLE DOCUMENT

 1. Sebelum menggunakan Google document (Google doc), pastikan anda telah mempunyai akaun Google. Anda boleh membuat carian Google Doc di bahagian kemudahan dan fungsi-fungsi lain yang telah disediakan oleh Google



2.Setelah memilih Google Doc, anda perlu klik “ + ’ untuk mula.



 3.Anda boleh memilih jenis dokumen yang anda mahu hasilkan sesuai dengan tugas yang perlu diselesaikan. Terdapat 6 pilihan yang anda boleh pilih.



4.Setelah selesai menyediakan dokumen, anda boleh berkongsi dokumen tersebut melalui pautan. Anda boleh menetapkan sama ada orang lain boleh mengubah suai atau hanya boleh dibaca sahaja. Sekiranya anda menetapkan ianya boleh diubah suai, anda boleh melihat sejarah pengubahsuai yang telah dilakukan



5.  Salin pautan untuk berkongsi dokumen yang telah disediakan serta boleh hadkan kepada siapa dokumen ini boleh diakses.



5.3 KEBAIKAN DAN KEBURUKAN GOOGLE DOCUMENT

 

Bil

Pekara                 

Kebaikan

Keburukan

1.

MASA

Menjimatkan masa untuk mengakses dokumen di mana sahaja secara online.

Tidak boleh mengakses dokumen jika tiada capaian interner.

2.

Keselamatan

 

Data yang disimpan selamat di google dokumen

 

3

Variasi

Fungsi google dokumen yang pelbagai seperti membuat, mengolah dan memformat teks

 

 

Table 4  : kebaikan dan keburukan google doc


4.0 GOOGLE TRANSLATE


4.0 GOOGLE TRANSLATE

Penterjemahan menurut (Newmark, 1988) adalah “rendering the meaning of a text into another language in the way that the author intended the text” (menerjemahkan makna suatu ayat  ke dalam bahasa lain sesuai dengan yang dimaksudkan pengarang). Sedangkan menurut (Bell, 1991) yang mendefinisikan penterjemahan sebagai “Translation is the expression in another language (or target language) of what has been expressed in another, source language, preserving semantic, and stylistic equivalences.” Penerjemahan sebagai suatu bentuk pengungkapan suatu bahasa dalam bahasa lainnya dengan memperhatikan cara penyampaiannya. Google translate dianggap sebagai salah satu perisian  penterjemah  yang paling terkenal. Ini adalah perkhidmatan Google percuma di mana pengguna dapat menerjemahkan ayat/perkataan dengan cepat dari satu bahasa ke bahasa lain.


4.1 SEJARAH PENCIPTAAN GOOGLE TRANSLATE

 

Google translate adalah perkhidmatan terjemahan yang dikembangkan oleh Google pada bulan April 2006. Ia menerjemahkan pelbagai bentuk teks dan media. Pada  mulanya Google Translate dikeluarkan sebagai perkhidmatan terjemahan statistik. Pada bulan Januari 2010, Google telah memperkenalkan aplikasi Android dan versi iOS pada bulan Februari 2011 untuk berfungsi sebagai jurubahasa peribadi mudah alih. Pada Februari 2010, ia telah ditambahbaik dengan adanya penyemak imbas seperti Chrome dan dapat mengucapkan teks, secara automatik mengenali kata-kata dalam gambar dan melihat teks dan bahasa yang tidak dikenali. Pada bulan Mei 2014, Google memperoleh Word Lens untuk meningkatkan kualiti terjemahan visual dan suara. Pada bulan November 2016, Google mengalihkan kaedah terjemahannya yang lebih efektif. Ia menggunakan teknik menterjemahkan keseluruhan ayat pada satu masa, yang diukurnya menjadi lebih tepat antara bahasa Inggeris dan Perancis, Jerman, Sepanyol, dan Cina.

 

4.2 CARA MENGGUNAKAN GOOGLE TRANSLATE

 

1. Pengguna perlu membuat carian Google Translate di google bagi memulakan  penterjemahan. Google Translate bukan penterjemah yang sempurna. Terdapat juga struktur ayat yang tidak diterjemahkan dengan tepat. Google Translate sebaiknya hanya digunakan sebagai panduan untuk memahami konsep dasar mengenai sesuatu.





2.Salin teks yang ingin terjemahkan dan klik paste dibahagian berikut. Anda boleh menyalinnya dari berbagai sumber, termasuk dokumen dan teks dari laman web lainnya. Anda juga boleh menulis sendiri ayat yang ingin diterjemahkan.





3. Anda boleh memilih bahasa yang ingin diterjemahkan dan kepada bahasa apa yang ingin diterjemahkan. Pilih bahasa yang ingin diterjemahkan untuk mengenalpasti bahasa dengan lebih tepat. Anda boleh tidak memilih bahasa yang ingin terjemahkan sekiranya tidak pasti. Anda boleh klik "▼" untuk melihat bahasa-bahasa yang tersedia.





4.Klik simbol “Listen” untuk mendengar bagaimana sebutan ayat/perkatan yang ingin terjemahkan. Ini sangat berguna untuk belajar sebutan yang tepat yang benar. Klik simbol “Microphone” untuk terjemahan ayat yang ingin diucapkan. Klik simbol “Copied” untuk menyalin ayat yang telah diterjemahkan. 



4.3 KEBAIKAN DAN KEBURUKAN GOOGLE TRANSLATE

Bil

Pekara

Kebaikan

Keburukan

1.

MASA

Menjimatkan masa untuk   menterjemah  pelbagai bahasa

Teks bahasa yang diterjemah terhad patah perkataan

2.

Bahasa

Terdapat pelbagai bahasa yang boleh ditukar dan digunakan

Kekeliruan bahasa yang diterjemahkan

3

Pelbagai  medium

Boleh menterjemah menggunakan  teks dan audio

Menggunakan  audio perlu sebutan yang jelas untuk diterjemah

 

Table 3 : kebaikan dan keburukan google translate


 


3.0 GOOGLE MAPS


3.0 GOOGLE MAPS

Peta Google (Google Maps) ialah salah satu perkhidmatan pemetaan web yang dibangunkan oleh Google. Ia menawarkan imej satelit, peta jalan, 360 darjah, pemandangan panorama jalan (Google Street View), keadaan lalu lintas (Google Traffic), dan perancangan laluan untuk perjalanan dengan berjalan kaki, kereta, basikal, atau pengangkutan awam. 

 

3.1 SEJARAH PENCIPTAAN GOOGLE MAPS

Menurut laman web Wikipedia, aplikasi web ini bermula pada oktober 2004 selepas pengambil alihan Where 2 Technologies oleh syarikat google yang mengubahnya menjadi aplikasi web. Peta Google dilancarkan pada bulan Februari 2005 selepas pengambilalihan tambahan syarikat visualisasi data geospatial dan penganalisis trafik. Pandangan satelit Google Maps ialah pandangan "atas ke bawah" atau "mata burung"; kebanyakan imejan resolusi tinggi di bandar ialah fotografi udara yang diambil dari pesawat yang terbang pada 800 hingga 1,500 kaki (240 hingga 460 m), manakala kebanyakan imejan lain adalah dari satelit. Peta Google menggunakan variasi unjuran Mercator, dan dengan itu tidak dapat menunjukkan kawasan-kawasan sekitar kutub dengan tepat. Walau bagaimanapun, pada bulan Ogos 2018, versi desktop Google Maps telah dikemas kini untuk menunjukkan dunia 3D.

 

Versi baru aplikasi desktop yang direka bentuk semula dibuat pada 2013, bersamaan dengan versi klasik (pra-2013). Peranti Google Maps untuk Android dan iOS dikeluarkan pada bulan September 2008 dan dilengkapi navigasi GPS untuk kelancaran perjalanan pengguna yang di kemaskini secara berkala. Kini pengguna boleh menggunakan aplikasi ini secara dalam talian ataupun di luar talian dan menghubungkan kesemua tempat dengan hanya satu klik.

3.2 CARA MENGGUNAKAN GOOGLE MAPS

1. Pengguna haruslah membuka peta google. Didalam google terdapat berbagai maklumat penting seperti bank, steyen minyak, pasaraya, Kawasan perniagaan dan tempat perlancongan



2.Pengguna boleh memilih jenis perjalanan yang akan dilalui dengan memilih beberapa cadangan yang disediakan seperti




3.   Setelah memilih jenis kenderaan yang akan digunakan pengguna bolehlah meletakkan destinasi yang akan dituju. Selain itu pengguna juga boleh menetapkan tambahan destinasi yang akan dituju dengan menambah butang tambah. Selain itu pengguna dapat memilih laluan perjalanan mengikut kemahuan pengguna samada mahu menggunakan lebuh raya atau jalan biasa. Selain itu pengguna dapat mengelakkan bayaran tol jika memasukkan fungsi mengelakkan tol serta cadangan waktu perjalanan bagi mengelakkan waktu sesak terutama semasa hari bekerja.

3.3 KEBAIKAN DAN KEBURUKAN PENGGUNAAN GOOGLE MAPS

Setelah mengunakan google maps seharusya kita faham akan kebaikan dan keburukan penggunaannya. Jadual di bawah menceritakan tentang kebaikan dan keburukan google maps.

 

Bil

Pekara

Kebaikan

Keburukan

1.

MASA

Mencadangkan laluan perjalanan dan masa ke destinasi

Setiap perjalanan pengguna direkodkan oleh pihak google maps.

2.

HARGA

Penguna dapat mengelakkan laluan bertol.

Kadangkala tiada laluan yang bebas tol

3

Maklumat trafik

Boleh mengelak laluan sesak seperti cadangan google maps

Kadangkala maklumat trafik tidak dikemaskini dan salah.

 

Table 2 : kebaikan dan keburukan google maps.

 



1. 0 PENGENALAN

  Penggunaan teknologi pada masa kini semakin pesat dan terdapat pelbagai aplikasi yang telah digunakan bagi memudahkan kerja seseorang itu....