3.0 GOOGLE MAPS
Peta Google
(Google Maps) ialah salah satu perkhidmatan pemetaan web yang dibangunkan oleh
Google. Ia menawarkan imej satelit, peta jalan, 360 darjah, pemandangan
panorama jalan (Google Street View), keadaan lalu lintas (Google Traffic), dan
perancangan laluan untuk perjalanan dengan berjalan kaki, kereta, basikal, atau
pengangkutan awam.
3.1 SEJARAH
PENCIPTAAN GOOGLE MAPS
Menurut laman web Wikipedia, aplikasi web
ini bermula pada oktober 2004 selepas pengambil alihan Where 2 Technologies
oleh syarikat google yang mengubahnya menjadi aplikasi web. Peta Google
dilancarkan pada bulan Februari 2005 selepas pengambilalihan tambahan syarikat
visualisasi data geospatial dan penganalisis trafik. Pandangan satelit Google
Maps ialah pandangan "atas ke bawah" atau "mata burung";
kebanyakan imejan resolusi tinggi di bandar ialah fotografi udara yang diambil
dari pesawat yang terbang pada 800 hingga 1,500 kaki (240 hingga 460 m),
manakala kebanyakan imejan lain adalah dari satelit. Peta Google menggunakan
variasi unjuran Mercator, dan dengan itu tidak dapat menunjukkan
kawasan-kawasan sekitar kutub dengan tepat. Walau bagaimanapun, pada bulan Ogos
2018, versi desktop Google Maps telah dikemas kini untuk menunjukkan dunia 3D.
Versi baru aplikasi desktop yang direka bentuk semula dibuat pada 2013, bersamaan dengan versi klasik (pra-2013). Peranti Google Maps untuk Android dan iOS dikeluarkan pada bulan September 2008 dan dilengkapi navigasi GPS untuk kelancaran perjalanan pengguna yang di kemaskini secara berkala. Kini pengguna boleh menggunakan aplikasi ini secara dalam talian ataupun di luar talian dan menghubungkan kesemua tempat dengan hanya satu klik.
3.2 CARA MENGGUNAKAN GOOGLE MAPS
1. Pengguna
haruslah membuka peta google. Didalam google terdapat berbagai maklumat penting
seperti bank, steyen minyak, pasaraya, Kawasan perniagaan dan tempat
perlancongan
2.Pengguna
boleh memilih jenis perjalanan yang akan dilalui dengan memilih beberapa
cadangan yang disediakan seperti
3.3 KEBAIKAN DAN KEBURUKAN PENGGUNAAN GOOGLE MAPS
Setelah mengunakan google maps seharusya
kita faham akan kebaikan dan keburukan penggunaannya. Jadual di bawah
menceritakan tentang kebaikan dan keburukan google maps.
Bil |
Pekara |
Kebaikan |
Keburukan |
1. |
MASA |
Mencadangkan laluan perjalanan dan masa
ke destinasi |
Setiap perjalanan pengguna direkodkan
oleh pihak google maps. |
2. |
HARGA |
Penguna
dapat mengelakkan laluan bertol. |
Kadangkala
tiada laluan yang bebas tol |
3 |
Maklumat trafik |
Boleh mengelak laluan sesak seperti
cadangan google maps |
Kadangkala maklumat trafik tidak
dikemaskini dan salah. |
Table
2 : kebaikan dan keburukan google maps.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
SILA BERI ULASAN.....