Cari Blog Ini

Selasa, 22 Disember 2020

1. 0 PENGENALAN

 


Penggunaan teknologi pada masa kini semakin pesat dan terdapat pelbagai aplikasi yang telah digunakan bagi memudahkan kerja seseorang itu. Bukan itu sahaja jika disebut mengenai teknologi sudah pasti mempunyai perisian yang digunakan bagi memudah kerja yang hendak dibuat. Jadi dalam penulisan ilmiah akan menerangkan mengenai langkah penggunaan perisian tersebut dengan baik agar dapat mengetahui penggunaannya dengan betul. Hal ini kerana setiap perisian itu mempunyai fungsi yang berbeza mengikut keperluan individu itu sendiri.

 

Seterusnya di dalam penulisan ilmiah ini juga turut memberi beberapa contoh perisian yang digunakan terutama melibatkan pekerja dipejabat yang sering menggunakan perisian seperti google form yang memerlukan pengumpulan data, mencari maklumat dan sebagai. Selain itu, di dalam penulisan ilmiah ini juga akan menerangkan tentang sejarah tentang perisian yang dipilih dengan menyatakan tentang sejarah asas wujudnya sesebuah perisian itu. Jadi dengan adanya pengetahuan mengenai sejarah sebuah perisian tersebut dapat mengetahui dengan lebih jelas mengenai sesebuah perisian itu.

 

 Sesebuah perisian itu sudah pasti mempunyai kelebihan yang dapat memberi manfaat kepada seseorang untuk memudahkan kerjanya. Sebagai contoh perisian google document ini sangat digunakan bagi kalangan pekerja di pejabat kerana melibatkan penyimpanan data dan sebagainya. oleh itu setiap perisian mempunyai kelebihan yang tersendiri. Tetapi terdapat juga kelemahan yang didapati oleh sesebuah perisian tersebut dari segi penggunaan yang sukar dan sebagainya. oleh itu di dalam penulisan ilmiah ini akan menerangkan tentang beberapa perisian yang dipilih dengan jelas.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SILA BERI ULASAN.....

1. 0 PENGENALAN

  Penggunaan teknologi pada masa kini semakin pesat dan terdapat pelbagai aplikasi yang telah digunakan bagi memudahkan kerja seseorang itu....