4.0 GOOGLE
TRANSLATE
Penterjemahan menurut
(Newmark, 1988) adalah “rendering the meaning of a text into another language
in the way that the author intended the text” (menerjemahkan makna suatu
ayat ke dalam bahasa lain sesuai dengan
yang dimaksudkan pengarang). Sedangkan menurut (Bell, 1991) yang mendefinisikan
penterjemahan sebagai “Translation is the expression in another language (or
target language) of what has been expressed in another, source language,
preserving semantic, and stylistic equivalences.” Penerjemahan sebagai
suatu bentuk pengungkapan suatu bahasa dalam bahasa lainnya dengan
memperhatikan cara penyampaiannya. Google translate dianggap sebagai salah satu
perisian penterjemah yang paling terkenal. Ini adalah perkhidmatan
Google percuma di mana pengguna dapat menerjemahkan ayat/perkataan dengan cepat
dari satu bahasa ke bahasa lain.
4.1 SEJARAH PENCIPTAAN
GOOGLE TRANSLATE
Google translate adalah perkhidmatan terjemahan yang dikembangkan oleh Google pada bulan April 2006. Ia menerjemahkan pelbagai bentuk teks dan media. Pada mulanya Google Translate dikeluarkan sebagai perkhidmatan terjemahan statistik. Pada bulan Januari 2010, Google telah memperkenalkan aplikasi Android dan versi iOS pada bulan Februari 2011 untuk berfungsi sebagai jurubahasa peribadi mudah alih. Pada Februari 2010, ia telah ditambahbaik dengan adanya penyemak imbas seperti Chrome dan dapat mengucapkan teks, secara automatik mengenali kata-kata dalam gambar dan melihat teks dan bahasa yang tidak dikenali. Pada bulan Mei 2014, Google memperoleh Word Lens untuk meningkatkan kualiti terjemahan visual dan suara. Pada bulan November 2016, Google mengalihkan kaedah terjemahannya yang lebih efektif. Ia menggunakan teknik menterjemahkan keseluruhan ayat pada satu masa, yang diukurnya menjadi lebih tepat antara bahasa Inggeris dan Perancis, Jerman, Sepanyol, dan Cina.
4.2 CARA MENGGUNAKAN
GOOGLE TRANSLATE
1. Pengguna perlu membuat carian Google Translate di google bagi memulakan penterjemahan. Google Translate bukan penterjemah yang sempurna. Terdapat juga struktur ayat yang tidak diterjemahkan dengan tepat. Google Translate sebaiknya hanya digunakan sebagai panduan untuk memahami konsep dasar mengenai sesuatu.
2.Salin teks yang ingin terjemahkan dan klik paste dibahagian berikut. Anda boleh menyalinnya dari berbagai sumber, termasuk dokumen dan teks dari laman web lainnya. Anda juga boleh menulis sendiri ayat yang ingin diterjemahkan.
3. Anda boleh memilih bahasa yang ingin diterjemahkan dan kepada bahasa apa yang ingin diterjemahkan. Pilih bahasa yang ingin diterjemahkan untuk mengenalpasti bahasa dengan lebih tepat. Anda boleh tidak memilih bahasa yang ingin terjemahkan sekiranya tidak pasti. Anda boleh klik "▼" untuk melihat bahasa-bahasa yang tersedia.
4.Klik simbol “Listen” untuk mendengar bagaimana sebutan ayat/perkatan yang ingin terjemahkan. Ini sangat berguna untuk belajar sebutan yang tepat yang benar. Klik simbol “Microphone” untuk terjemahan ayat yang ingin diucapkan. Klik simbol “Copied” untuk menyalin ayat yang telah diterjemahkan.
4.3 KEBAIKAN DAN
KEBURUKAN GOOGLE TRANSLATE
Bil |
Pekara |
Kebaikan |
Keburukan |
1. |
MASA |
Menjimatkan masa untuk menterjemah pelbagai bahasa |
Teks bahasa
yang diterjemah terhad patah perkataan |
2. |
Bahasa |
Terdapat pelbagai bahasa yang boleh ditukar dan
digunakan |
Kekeliruan bahasa yang diterjemahkan |
3 |
Pelbagai medium |
Boleh menterjemah
menggunakan teks dan audio |
Menggunakan audio perlu sebutan yang jelas untuk
diterjemah |
Table
3 : kebaikan dan keburukan google translate
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
SILA BERI ULASAN.....