Cari Blog Ini

Rabu, 23 Disember 2020

3.0 GOOGLE MAPS


3.0 GOOGLE MAPS

Peta Google (Google Maps) ialah salah satu perkhidmatan pemetaan web yang dibangunkan oleh Google. Ia menawarkan imej satelit, peta jalan, 360 darjah, pemandangan panorama jalan (Google Street View), keadaan lalu lintas (Google Traffic), dan perancangan laluan untuk perjalanan dengan berjalan kaki, kereta, basikal, atau pengangkutan awam. 

 

3.1 SEJARAH PENCIPTAAN GOOGLE MAPS

Menurut laman web Wikipedia, aplikasi web ini bermula pada oktober 2004 selepas pengambil alihan Where 2 Technologies oleh syarikat google yang mengubahnya menjadi aplikasi web. Peta Google dilancarkan pada bulan Februari 2005 selepas pengambilalihan tambahan syarikat visualisasi data geospatial dan penganalisis trafik. Pandangan satelit Google Maps ialah pandangan "atas ke bawah" atau "mata burung"; kebanyakan imejan resolusi tinggi di bandar ialah fotografi udara yang diambil dari pesawat yang terbang pada 800 hingga 1,500 kaki (240 hingga 460 m), manakala kebanyakan imejan lain adalah dari satelit. Peta Google menggunakan variasi unjuran Mercator, dan dengan itu tidak dapat menunjukkan kawasan-kawasan sekitar kutub dengan tepat. Walau bagaimanapun, pada bulan Ogos 2018, versi desktop Google Maps telah dikemas kini untuk menunjukkan dunia 3D.

 

Versi baru aplikasi desktop yang direka bentuk semula dibuat pada 2013, bersamaan dengan versi klasik (pra-2013). Peranti Google Maps untuk Android dan iOS dikeluarkan pada bulan September 2008 dan dilengkapi navigasi GPS untuk kelancaran perjalanan pengguna yang di kemaskini secara berkala. Kini pengguna boleh menggunakan aplikasi ini secara dalam talian ataupun di luar talian dan menghubungkan kesemua tempat dengan hanya satu klik.

3.2 CARA MENGGUNAKAN GOOGLE MAPS

1. Pengguna haruslah membuka peta google. Didalam google terdapat berbagai maklumat penting seperti bank, steyen minyak, pasaraya, Kawasan perniagaan dan tempat perlancongan



2.Pengguna boleh memilih jenis perjalanan yang akan dilalui dengan memilih beberapa cadangan yang disediakan seperti




3.   Setelah memilih jenis kenderaan yang akan digunakan pengguna bolehlah meletakkan destinasi yang akan dituju. Selain itu pengguna juga boleh menetapkan tambahan destinasi yang akan dituju dengan menambah butang tambah. Selain itu pengguna dapat memilih laluan perjalanan mengikut kemahuan pengguna samada mahu menggunakan lebuh raya atau jalan biasa. Selain itu pengguna dapat mengelakkan bayaran tol jika memasukkan fungsi mengelakkan tol serta cadangan waktu perjalanan bagi mengelakkan waktu sesak terutama semasa hari bekerja.

3.3 KEBAIKAN DAN KEBURUKAN PENGGUNAAN GOOGLE MAPS

Setelah mengunakan google maps seharusya kita faham akan kebaikan dan keburukan penggunaannya. Jadual di bawah menceritakan tentang kebaikan dan keburukan google maps.

 

Bil

Pekara

Kebaikan

Keburukan

1.

MASA

Mencadangkan laluan perjalanan dan masa ke destinasi

Setiap perjalanan pengguna direkodkan oleh pihak google maps.

2.

HARGA

Penguna dapat mengelakkan laluan bertol.

Kadangkala tiada laluan yang bebas tol

3

Maklumat trafik

Boleh mengelak laluan sesak seperti cadangan google maps

Kadangkala maklumat trafik tidak dikemaskini dan salah.

 

Table 2 : kebaikan dan keburukan google maps.

 



Selasa, 22 Disember 2020

BAGAIMANA UNTUK MEMBANGUNKAN BLOG


Setiap hari kita melihat berbagai bagai jenis blogger yang di hasilkan oleh penduduk sesebuah negara termasuklah Malaysia. Terdapat berbagai kaedah untuk menghasilkan Blogger anda sendiri. disini kita sertakan 2 cara untuk menghasilkan Blogger.



Figure 1 : cara membangunkan Blog anda sendiri menggunakan Youtube.



Figure 2 : cara membangunkan Blog anda sendiri dari laman Web.

sila klikPanduan Asas buat blog sendiri



2. 0 GOOGLE FORM

 

2.1 GOOGLE FORM



Sebagai mana yang kita ketahui, pendemik covid 19 banyak membuka ruang kepada penggunaan sepenuhnya teknologi termasuklah syarikat Google. Jika dahulu sebarang kaji selidik ataupun kuiz terpaksa menggunakan kertas dan kaji selidik ini harus dijalankan secara bersemuka dan proses pengumpulan data ini mengambil masa yang agak lama sebelum kesimpulan kaji selidik itu disempurnakan tetapi semuanya kini menjadi mudah dengan kemajuan teknologi.

 

 Kemajuan teknologi ini semuanya dihujung jari dengan penciptaan aplikasi Google Form. Aplikasi ini membolehkan anda mengumpul maklumat daripada pengguna Google yang lain menggunakan borang kaji selidik secara dalam talian ataupun kuiz secara dalam talian. Pengguna memberikan respon kepada kaji selidik/soal selidik/kuiz yang dijalankan oleh individu atau organisasi awam mahupun swasta, dan maklumat respon mereka akan dikumpulkan serta akan disambungkan secara automatik ke sebuah spreadsheet yang mengandungi taburan data mereka. Google Form ini merupakan perisian yang disertakan dalam pakej Google Drive yang dibekalkan oleh Google, termasuklah Google Docs, Google Sheets dan Google Slides.


 2.1 SEJARAH PENCIPTAAN GOOGLE FORMS

Menurut  Jogjaweb (2020), Google Form awalnya dikenali sebagai Google Spreadsheet pada tahun 2008, menjelang 2010, keupayaan google form telah dinaiktaraf dengan memasukkan fomula ke spreadsheet. Selain itu, pengguna dapat memformatnya dalam sheet terpisah, dan melihat fomula yang telah digunakan di lembaran lain. Selain itu juga, pihak Google telah menambahkan lebih banyak keupayaan kepada google Forms dari masa ke semasa, dan  akhirnya mengubahnya menjadi aplikasi di google pada tahun 2016. 


2.2 CARA MEMBINA KUIZ MENGGUNAKAN GOOGLE FORM

1. Pemilik haruslah mempunyai Google Mail dan log in untuk menggunakan aplikasi ini.



2.Buka Google Form di website: https://docs.google.com/forms . “Untitled form” boleh di ubah mengikut tajuk kuiz yang akan dibina dengan hanya klik di tulisan tersebut dan ubah. Selain itu, tambahan penerangan pada borang yang dibina supa meningkatkan kefahaman responden untuk menjawap kuiz yang akan di bina. Selain itu juga warna tema dan latar belakang dapat di ubat mengikut kretiviti pembina kuiz. 



3.Membina soalan kuiz serta mengedit. Soalan kuiz dapat di bentuk mengikut kehendak pencipta. Soalan kuiz dapat dibina dengan mengklik “Question” untuk memasukkan soalan. Terdapat berbagai aneka bentuk soalan dapat dicipta seperti aneka pilihan, jawapan pendek dan perenggan. Selain itu, pencipta dapat menambah soalan serta mengedit mengikut kesesuaian pencipta.




4.Menetapkan kuiz dan melihat maklum balas serta jawapan dan mendapatkan link untuk di hantar kepada responden.. Google form boleh ditetapkan pada 3 bentuk iaitu umum, perbentangan atau kuiz. Tetapkan google form sebagai kuiz dan buat pilihan pada Quiz Options. Setelah kuiz siap dapatkan link untuk dihantar kepada responden dengan menekan butang share.





2.2 KEBAIKAN DAN KEBURUKAN PENGGUNAAN GOOGLE FORM.

Setelah berjaya membina google form seharusya kita faham akan kebaikan dan keburukan penggunaan Google Form berbanding soalan secara kertas kuiz. Jadual di bawah menceritakan tentang kebaikan dan keburukan google form.


Bil

Pekara

Google Form

Kertas kuiz

1.

ALAM SEKITAR

Meminimumkan penggunaan kertas

100% penggunaan kertas

2.

HARGA

Kos penggunaan google form adalah percuma

Perlukan kos untuk mencetak dan membina borang kuiz

3

RESPONDEN

Meluas dan boleh di isi setiap responden yang mempunyai link kuiz

Terhad kepada Kawasan yang kecil











1. 0 PENGENALAN

 


Penggunaan teknologi pada masa kini semakin pesat dan terdapat pelbagai aplikasi yang telah digunakan bagi memudahkan kerja seseorang itu. Bukan itu sahaja jika disebut mengenai teknologi sudah pasti mempunyai perisian yang digunakan bagi memudah kerja yang hendak dibuat. Jadi dalam penulisan ilmiah akan menerangkan mengenai langkah penggunaan perisian tersebut dengan baik agar dapat mengetahui penggunaannya dengan betul. Hal ini kerana setiap perisian itu mempunyai fungsi yang berbeza mengikut keperluan individu itu sendiri.

 

Seterusnya di dalam penulisan ilmiah ini juga turut memberi beberapa contoh perisian yang digunakan terutama melibatkan pekerja dipejabat yang sering menggunakan perisian seperti google form yang memerlukan pengumpulan data, mencari maklumat dan sebagai. Selain itu, di dalam penulisan ilmiah ini juga akan menerangkan tentang sejarah tentang perisian yang dipilih dengan menyatakan tentang sejarah asas wujudnya sesebuah perisian itu. Jadi dengan adanya pengetahuan mengenai sejarah sebuah perisian tersebut dapat mengetahui dengan lebih jelas mengenai sesebuah perisian itu.

 

 Sesebuah perisian itu sudah pasti mempunyai kelebihan yang dapat memberi manfaat kepada seseorang untuk memudahkan kerjanya. Sebagai contoh perisian google document ini sangat digunakan bagi kalangan pekerja di pejabat kerana melibatkan penyimpanan data dan sebagainya. oleh itu setiap perisian mempunyai kelebihan yang tersendiri. Tetapi terdapat juga kelemahan yang didapati oleh sesebuah perisian tersebut dari segi penggunaan yang sukar dan sebagainya. oleh itu di dalam penulisan ilmiah ini akan menerangkan tentang beberapa perisian yang dipilih dengan jelas.

1. 0 PENGENALAN

  Penggunaan teknologi pada masa kini semakin pesat dan terdapat pelbagai aplikasi yang telah digunakan bagi memudahkan kerja seseorang itu....